Audiometri Nada Tulen ialah piawaian emas untuk penilaian pendengaran dan digunakan untuk mengenal pasti keupayaan pendengaran seseorang individu. Justeru, ujian ini bertujuan untuk diagnosis pendengaran dan menentukan pengurusan masalah pendengaran yang sesuai.
Memandangkan audiometri nada tulen ialah ukuran tingkah laku pendengaran, adalah sukar untuk mendapatkan keputusan yang tepat bagi kanak-kanak di bawah umur 6 tahun dan orang dewasa yang tidak bekerjasama. Maka, ujian lain adalah disyorkan. Thus, giving information for hearing diagnosis and the appropriate solution.
Ujian diskriminasi pertuturan menggunakan senarai perkataan atau ayat yang disampaikan kepada pesakit sama ada melalui suara langsung atau ucapan yang dirakam. Ia biasanya digunakan bersama dengan audiometri nada tulen untuk menentukan tahap dan jenis kehilangan pendengaran.
Ujian diskriminasi pertuturan juga menilai ketidakselesaan atau toleransi terhadap bunyi pertuturan dan maklumat tentang kebolehan pengecaman perkataan. Ia boleh membantu menentukan kadar penguatsuara dan output maksimum alat bantu pendengaran serta peranti penguat suara yang lain untuk pesakit yang mengalami kehilangan pendengaran.
Penilaian ini membantu menilai sejauh mana mereka mendengar dalam situasi bising.
Tympanometri mengukur integriti fungsi gegendang telinga dan anatomi telinga tengah. Ujian ini biasanya dibuat bersama dengan audiometri nada tulen.
Bateri ujian impedan terdiri daripada: (1) Ujian refleks akustik dan (2) tympanometri. Ujian refleks akustik adalah penting untuk mengesan masalah saraf pendengaran selepas telinga dalam.
Penilaian diagnostik atau herotan Emisi Otoakustik mengukur kehadiran atau fungsi sel rerambut luar pada telinga dalam. Versi saringan yang lebih pantas yang turut ditawarkan adalah penilaian Emisi Otoakustik Transient-Evoked. A quicker screening version that is that is also offered is call Transient Evoked OAE
ABR merupakan ujian elektrofisiologi objektif, menilai integriti sistem pendengaran hingga ke bahagian pangkal otak. Lazimnya digunakan pada orang yang tidak dapat melakukan ujian pendengaran tradisional atau untuk mengesan masalah saraf pendengaran.
(Elektrokokleografi)
Penilaian objektif potensi elektrik yang dihasilkan dalam telinga dalam (koklea) untuk menentukan sama ada terdapat jumlah tekanan bendalir yang berlebihan. Biasa digunakan untuk mendiagnosis patologi telinga seperti penyakit Meniere, hidrops endolimfatik atau Gangguan Spektrum Neuropati Auditori (ANSD).
CAPD merupakan masalah pendengaran yang jarang berlaku yang menjejaskan 5% populasi kanak-kanak. Kanak-kanak dengan CAPD tidak dapat memproses bunyi dengan cara yang sama seperti kanak-kanak lain kerana ketidakupayaan otak dan sistem pendengaran untuk saling bekerjasama. CAPD sering dikaitkan dengan kesukaran pembelajaran dan memerolehan bahasa peringkat tinggi dan kesukaran untuk berkomunikasi. Penilaian CAPD menentukan ukuran kecekapan otak dalam mengaitkan makna pada bunyi pertuturan atau persekitaran yang didengar. Kami menawarkan 2 pakej penilaian CAPD, pakej pemeriksaan sehari bersama pakar audiologi atau pakej pemeriksaan dua hari bersama kedua-dua pakar audiologi dan ahli terapi pertuturan.
Rangsangan Promontori atau eABR merupakan variasi ABR di mana ransangan secara electrik digunakan untuk meransang tindak balas saraf pendengaran dan otak. Ujian ini biasanya digunakan dalam menilai calon implan koklea dan untuk menilai prestasi pendengaran selepas implan koklea.
Buat temujanji untuk menilai pendengaran serta mengetahui pilihan rawatan terbaik untuk anda dan orang yang tersayang.
Pusat Penjagaan Pendengaran hearLIFE ialah pembekal alat bantu pendengaran dan implan yang diiktiraf serta bekerjasama dengan pelbagai sektor dan hospital di seluruh Malaysia.
hearLIFE © Copyright 2022 - Designed By Alestra Solutions
WhatsApp Us